Aktiviti Yang Menarik Di Sarawak
Negeri Sarawak menyimpan 1001 rahsia yang ramai tidak tahu. Kecantikan alam semulajadi, kekayaan budaya, sejarah dan penduduk yang ramah tamah bisa memikat hati-hati mereka yang berkunjung ke sana. Selain Kuching, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri paling besar di Malaysia ini. Mari kita saksikan lokasi-lokasi menarik dan perkara-perkara unik yang anda boleh lakukan apabila melawat Sarawak pada masa hadapan: 1. Berkayak Dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawady Di Kuching FONDATION SEGRE Ikan lumba-lumba Irrawady adalah spesis ikan lumba-lumba yang dilindungi. Ikan lumba-lumba sungai ini memiliki sifat pemalu dan elusif. Dengan dahi yang bulat dan paruh yang pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca). Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching. Walaupun anda boleh menaiki bot, berkayak lebih meny
Comments
Post a Comment